Frootie Slushie

Panduan Pasukan · Stok & Untung Tepat

3 tabiat kecil untuk stok & untung yang tepat

Sistem dah kira untung tiap cup automatik — tapi ia perlu tahu stok sebenar di outlet anda. Bila 3 benda ni direkod betul, baki stok, anggaran habis & untung semua jadi tepat.

Sekarang sebahagian stok tunjuk negatif — sebab pati dibuat tapi tak direkod, stok pembukaan tak dikira, & pembaziran tak dicatat. 3 langkah bawah ni yang betulkan.
Langkah 1

Rekod Pati (Produksi)

POS (telefon) Ketua Kedai · Pengurus · Pemilik Kena online
Kenapa: Tiap kali jual Slushie, sistem tolak stok pati automatik. Kalau outlet masak pati tapi tak rekod, stok pati jadi negatif & kos tak tepat. Rekod pati = kunci stok betul.
  1. 1

    Buka app POS. Pastikan outlet yang betul sedang aktif. Kalau skrin minta pilih outlet, tekan tab Jualan dulu & pilih outlet.

  2. 2

    Di bar bawah, tekan Lagi → pilih tab Produksi.

    Kalau Produksi tak nampak, akaun anda bukan ketua/pengurus/pemilik.

  3. 3

    Semak banner Buat di: — pastikan ia tunjuk nama outlet anda yang betul.

  4. 4

    Di PILIH PATI, taip nama dalam kotak Cari pati… & tekan pati yang betul.

  5. 5

    Isi BILANGAN BATCH — berapa kali resipi dibuat (cth 1).

  6. 6

    Semak jadual BAHAN MENTAH YANG DITOLAK — banding TOLAK vs ADA. Kalau ada baris merah, stok mentah tak cukup.

  7. 7

    Tekan butang hijau Rekod 1 batch.

  8. 8

    Banner hijau keluar dengan Modal batch & Kos/unit — siap! Stok pati bertambah, bahan mentah ditolak (FEFO).

Produksi
Buat di: Frootie Kota Bharu3
Pilih pati
Cari pati…4
Bilangan batch
Ulang resipi15
Bahan ditolakTOLAKADA
Susu Pekat12.518
Krimer59
Rekod 1 batch7

Gambaran skrin Produksi (POS)

Online sahaja. Kalau tiada internet: "Perlu sambungan internet untuk rekod produksi." — kena buat semula bila ada line.
Stok mentah kena cukup. Kalau kurang, sistem block. Terima stok mentah dulu (Terimaan / Stok Pembukaan).
Sekali rekod, kekal. Tak boleh edit lepas rekod. Nak batal — owner/pengurus je, di dashboard Admin (Produksi), & hanya jika pati belum diguna.
Langkah 2

Kira Stok Pembukaan

POS (telefon) Ketua Kedai · Pengurus · Pemilik Kena online
Kenapa: Set baki sebenar sekali → betulkan stok yang tunjuk negatif / "Lebih Jual". Lepas ni sistem boleh kira jualan & anggaran habis dengan tepat.
  1. 1

    Buka app POS, pergi ke tab Jualan.

  2. 2

    Di atas skrin, cari kotak amaran stok, tekan Buka / Kira stok (atau chip Buka stok).

  3. 3

    Skrin Stok Buka / Kira terbuka — senarai semua item tunjuk "sekarang X".

  4. 4

    Kira jumlah fizikal sebenar, taip nombor betul di kotak sebelah tiap item. Yang tak diubah kekal sama.

    Isi angka yang betul-betul dikira, bukan agak.

  5. 5

    Tekan Simpan kiraan di bawah (kurungan tunjuk berapa item diubah).

  6. 6

    Banner hijau "… item dikemas kini" keluar — baki stok dah betul.

Stok Buka / Kira
Stok belum dibuka (6 item)2
Susu Pekat · sekarang 418
Cawan 16oz · sekarang −203004
Buah Tal · sekarang 050
Simpan kiraan (3 diubah)5

Gambaran skrin Kira Stok (POS)

Kalau stok nampak sihat, banner ni hilang di POS. Bila takde amaran, guna dashboard Admin webInventori → butang Laras pada item untuk betulkan.
Online sahaja — POS mesti ada internet untuk simpan kiraan.
Anda hanya boleh kira stok untuk outlet sendiri. Cashier biasa tak boleh — minta ketua/pengurus.
Langkah 3

Rekod Pembaziran

POS (telefon) Ketua Kedai · Pengurus · Pemilik Kena online
Kenapa: Bila ada tumpah / rosak / basi, rekod supaya stok ditolak & kos sebenar tepat — bukan nampak macam terjual.
  1. 1

    Log masuk POS (PIN) sebagai ketua / pengurus / pemilik.

  2. 2

    Di bar bawah, tekan tab Tutup (skrin Tutup Harian).

  3. 3

    Scroll ke bawah, cari kad Wastage / Sisa, tekan untuk kembang.

    Di bawah tajuk: "Catat stok rosak / luput / tumpah".

  4. 4

    Taip nama barang di Cari item dibazir…, tekan butang + hijau di sebelahnya.

  5. 5

    Masukkan Kuantiti dibazir (guna titik untuk perpuluhan, cth 1.5).

  6. 6

    Pilih satu Sebab: Tumpah · Rosak · Luput · Lain-lain.

  7. 7

    Tekan Catat pembaziran — stok ditolak automatik & nilai kerugian dikira.

Tutup Harian
Wastage / Sisa
Catat stok rosak / luput / tumpah (pilihan)
3
Cari item dibazir…4
Kuantiti dibazir
0.01.55
Sebab
TumpahRosakLuputLain-lain6
Catat pembaziran7

Gambaran skrin Pembaziran (POS)

Sekali rekod, tak boleh padam. Pastikan betul sebelum tekan Catat pembaziran.
Online sahaja. Butang kelabu selagi item / kuantiti / sebab belum lengkap — bukan rosak.
Tersangkut? Tag je 🙏 Tumpah / stok / pati — kalau ada apa-apa tak jalan, tag dalam group Operation System Slushie, kami tolong terus.